Monday, October 3, 2016

tak tau caption apa

okay jangan pelik sangat tetiba aku rajin benauu menghapdet entry.. hahaha. dan semuanya pasal life aku kat universiti. kadang rasa lega juga bila kita cuba luah melalui penulisan ni. tapi luah kat Allah lagi best. hehehe. no biggie, setiap orang ada cara yang tersendiri untuk mengekspresikan diri sendiri. okay hari ni cuti awal muharram. aku ngan rumet aku nabilah merancang nak ke seberang jaya mall makan boat noodle dan tengok wayang. in the end, tak jadi just pergi Queensbay mall je tengok wayang. hahah. jadilah dari tak ada aktiviti nak buatkan. kitaorang tengok cerita Miss Peregrines Home For Peculiar Children. best wei ceritanya. menarik! aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang. nak bagi bintang penuh macam tak boleh jugak, sebab mana ada yang perfect kat dunia ni. sama macam assignment aku buat, walaupun perfect tetap tak boleh 100% hahahah. *Eh?..tetiba pulak si saniah ni?!* maaf pembawakan assignment yang tak nyempat nak siap. hahaha.

act, pasal kes semalam, ye aku masih terfikir jugak tapi tak ada lah fikir sangat. tak kuasa aku! cuma husnudzon je dengan semua konklusi yang aku terrrrrfikir. dan aku juga masih menunggu dia membalas messenger aku.tapi dia hanya read je. hmmm, tak tahu nak cakap. tolonglah, korang kalau ada tak puas hati kat orang tu bagi tau je direct biar pedih tapi puas. macam seorang hamba ni kata kat aku kalau tak puas hati bagi tau kat dia. tapi aku memang tak ada tak puas hati pun kat dia. at least bagi aku hint apa yang aku cakap samapai dia tuduh aku camtu.. ni tak.. dan sekarang aku memang betul-betul tak puas hati dengan dia. please lah weii...urghhhhhh!!!

bye uolls, penat dan terpaksa sambung assignment semula. wassalam

Sunday, October 2, 2016

whats going on ?



semoga kalian berada di bawah rahmat allah dan terpelihara dari fitnah dunia dan dajjal. alhamdulillah aku masih dapat menulis lagi . sebelum tu Selamat menyambut Maal Hijrah. semoga kita dapat memenuhi segala azam baru yang bermanfaat dan peroleh keredhaannya pada tahun ini. harini juga aku diduga dengan sesuatu yang aku tak jangka. KAWAN. 

cerita bermula pada pukul 11 lebih pagi macam tu ada satu messanger masuk dari seeorang yang aku pun tak kenal dia sangat. aku just kenal dia gitu2 je. dan dia perempuan. dia bagi salam then tanya aku kenal dia tak? aku pun cakap ye saya kenal awak, awak kawan **o* kan? dia cakap ye, then dia cakap sama ada aku ada tak puas hati dengan dia. WHAT?? aku speechless.... then dia sambung lagi, kalau tak puas hati bagitau dia dan janagn memburukkan dia. allahurabbi sedihnya.. tak tau tang mana aku duk burukkan dia. tak tahu lah sama ada sama aku tidak sedar atau omongan gurauan aku. 

aku kalau kena macam ni aku rasa macam sedih sangat tak boleh nak move on. mesti asyik fikir je. then, aku pun minta maaf kat dia dan tanya apa ayat aku yang dia terasa sangat tu. sedangkan aku tak pernah cakap dengan dia. aku cuma dengar cerita dari kawan aku. dan itu pun kawan aku cerita yang baik2 je, masha allah. sedihnya. aku tahu mulut aku pun tak baik sangat. tapi tak de lah sampai aku nak memburukkan orang. okay, aku macam dah syak sesuatu tapi aku tak nak fikir yang bukan-bukan. sungguh saniah adalah orang yang tak kuat kalau kena benda macam ni. cukuplah aku kena waktu form 5. itu pun tak tau mana datang fitnah tu. sampai sekarang aku speechless... budak-budaknya terus tetiba baik semula dengan aku. ingatkan nak terus boikot aku sampai 7 keturunan. hahah

okay lah, aku just perlu tunggu dia reply last chat aku malam ni, sebab aku betul-betul nak tahu apa sebab musababnya.. YA ALLAH bantu aku.. aku harap sangat dia boleh bagitau aku apa ayat yang aku burukkan aku. jangan cakap aku tak tanya okay, 3 kali aku tanya dia just read je. aku tau dia baik, dan aku pun cuba nak jadi baik. mohon hati aku kuat.. amin...


Tahun 3 Azam Baru

Alhamdulillah, dah hampir 3 minggu saniah masuk Tahun 3 kat USM ni. semoganya si saniah ni lebih kuat lah untuk mendatangi hari-hari ya...