Sunday, October 2, 2016

whats going on ?



semoga kalian berada di bawah rahmat allah dan terpelihara dari fitnah dunia dan dajjal. alhamdulillah aku masih dapat menulis lagi . sebelum tu Selamat menyambut Maal Hijrah. semoga kita dapat memenuhi segala azam baru yang bermanfaat dan peroleh keredhaannya pada tahun ini. harini juga aku diduga dengan sesuatu yang aku tak jangka. KAWAN. 

cerita bermula pada pukul 11 lebih pagi macam tu ada satu messanger masuk dari seeorang yang aku pun tak kenal dia sangat. aku just kenal dia gitu2 je. dan dia perempuan. dia bagi salam then tanya aku kenal dia tak? aku pun cakap ye saya kenal awak, awak kawan **o* kan? dia cakap ye, then dia cakap sama ada aku ada tak puas hati dengan dia. WHAT?? aku speechless.... then dia sambung lagi, kalau tak puas hati bagitau dia dan janagn memburukkan dia. allahurabbi sedihnya.. tak tau tang mana aku duk burukkan dia. tak tahu lah sama ada sama aku tidak sedar atau omongan gurauan aku. 

aku kalau kena macam ni aku rasa macam sedih sangat tak boleh nak move on. mesti asyik fikir je. then, aku pun minta maaf kat dia dan tanya apa ayat aku yang dia terasa sangat tu. sedangkan aku tak pernah cakap dengan dia. aku cuma dengar cerita dari kawan aku. dan itu pun kawan aku cerita yang baik2 je, masha allah. sedihnya. aku tahu mulut aku pun tak baik sangat. tapi tak de lah sampai aku nak memburukkan orang. okay, aku macam dah syak sesuatu tapi aku tak nak fikir yang bukan-bukan. sungguh saniah adalah orang yang tak kuat kalau kena benda macam ni. cukuplah aku kena waktu form 5. itu pun tak tau mana datang fitnah tu. sampai sekarang aku speechless... budak-budaknya terus tetiba baik semula dengan aku. ingatkan nak terus boikot aku sampai 7 keturunan. hahah

okay lah, aku just perlu tunggu dia reply last chat aku malam ni, sebab aku betul-betul nak tahu apa sebab musababnya.. YA ALLAH bantu aku.. aku harap sangat dia boleh bagitau aku apa ayat yang aku burukkan aku. jangan cakap aku tak tanya okay, 3 kali aku tanya dia just read je. aku tau dia baik, dan aku pun cuba nak jadi baik. mohon hati aku kuat.. amin...


No comments:

Post a Comment

you're comment is much welcome . no harsh word here .